Jumaat, 8 Mac 2013

Program Vaksinasi HPV untuk Wanita

Assalamualaikum!
Selamat Hari Wanita

Disebabkan hari ini adalah Hari Wanita Sedunia sangat bersesuaian untuk tajuk entry kali ini...ececeeh! Mungkin di luar sana mungkin tahu atau tidak tahu tentang Human Papillomavirus atau dikenali sebagai HPV.Bagi yang tak tahu meh sini kita nak cerita sikit secara ringkas.

Apa itu HPV?

 HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks
 Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV
 Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV (Tidak semua jangkitan
      HPV akan mengakibatkan kanser serviks)

Oryte done! kalau nak lebih lanjut googling ek? Seterusnya ,kanser serviks juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim bagi mereka yang belajar Biology atau mediks  mesti tau kan dekat mana serviks itu berada.Jom tengok gambar ini:-

Sumber google

Kanser ini dapat dicegah dengan salah satu caranya ialah pengambilan vaksinasi HPV.Pada mereka yang lahir tahun 1993 macam aku sangat beruntung.Kenapa? sebab mereka yang lahir pada tahun 1993 berpeluang untuk mencegah kanser  serviks ini dengan pemberian Vaksinasi HPV secara PERCUMA percuma percuma percuma (gema-gema tau) 

Ok bagi yang tak tahu sebenarnya vaksinasi ini sangat mahal tak silap harga dia RM 400 yang boleh ambil di hospital swasta tetapi yang kayo rayo tu tak mengapalah kut? Dengan adanya peluang ini apa kata ramai-ramai yang dekat luar sana jom dapatkan vaksinasi percuma ini.Ingat yer bagi mereka yang lahir pada tahun 1993 je tau! Bagi mereka yang nak vaksinasi percuma ini boleh dapatkan di Klinik Nur LPPKN yang terdekat jangan pergi POLIKLINIK atau HOSPITAL kerajaan tau nanti comfirm kena halau!!

Pengambilan vaksinasi HPV ini ada kriteria-kriteria tertentu juga yer bukan semua yang boleh ambil antara kriterianya ialah :- (amboi bunyi macam awok yang bagi anugerah abp)

 Wanita warganegara yang berumur 18 tahun
 TIDAK hamil
 Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua
 Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Nama pun vaksinasi mestilah kena cucuk kan? vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali/3 dos dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual.Cop! walaupun 3 kali atau 3 dos tetapi diberikan pada hari yang berlainan tau bukan pada masa yang sama.Huh? tak paham letewww.Jom tengok bawah ini :-

DOS

 Tarikh vaksinansi pertama diberikan
 1 bulan selepas suntikan pertama
 6 bulan selepas suntikan pertama

Aku adalah salah seorang yang sedang ambil vaksinasi HPV ini.Kesan sampingan? alah sakit sikit je dekat lengan lepas beberapa hari oklah tak ada lah pulak sampai demam sebab lepas je kena cucuk kena rehat 10 minit dan diberikan 2 panadol untuk ditelan nak cegah demam.Satu lagi perkara bagi mereka yang demam tak boleh ambil vaksinasi ini apa-apa pun kena bagi tau LPPKN korang demam so diaorang akan bagi tahu lah langkah yang seterusnya.Kemon!! korang jangan sebab kena cucuk korang jadi takut why not? kita ambil peluang ini demi kesejahteraan dan kesihatan akan datang.Pengambilan vaksinasi ini boleh mencegah sebanyak 70% kanser serviks.Bagi korang yang berada di IPTA boleh dapatkan vaksinasi ini dekat Pusat Kesihatan IPTA.


Nanti dapat kad pink.Berbunga-bunga hati (apa kena mengena)

Belakang kad pink ada tarikh temujanji

Entry kali ini sumber dari sini ^^

Untuk keterangan lanjut:-
 Klinik Nur Sejahteta LPPKN
Pusat Kesihatan IPTA 
Talian NUR 15999

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI




 baca entry kali ini.

1 ulasan:

Dayang Deno berkata...

good info dear! :)