Selasa, 18 Disember 2012

Hi! Im come back again.

assalamualaikum!

    Wuhuuuuuu! sangat  merindui blog yang sudah lama tidak disentuh dengan jari jemari ku ini.Kali ini aku tidak lagi dikenali sebagai pelajar tingkatan 6 kerana akhirnya aku kini sudah menamatkan pengajian tingkatan 6 ku hahaaaa!!! <-- bangga gila ni! .Padahal di dalam lubuk hati aku ini memang sedih la siapa yang tak sedih kan? sudah 1 tahun setengah aku duduk dekat sekolah dengan kehidupan aku yang kadang-kadang tunggang terbalik! kejap kena datang awal sikit sibuk cari pengawas yang kena bertugas untuk perhimpunan yang emcee entah kemana? yang ikrar tak nampak muka? yang baca doa tak boleh baca? kejap karang aku pergi sekolah stoking pakai abah punya! cekup tak jumpa...bedal jugak opah punya.(pun boleh asalkan tak keluar rambut).

Eventhough life is a bit hectic as form six's student tetapi yang hectic itu la yang best! kekadang kena buat tutorial yang melambak-lambak + hafal skema semua negeri + exam secara tiba-tiba + buat fakta sokongan + presentation + kolokium + gosok baju sekolah (hari rabu pakai T-shirt MPPTE) + basuh kasut sekolah hari sabtu (hari ahad takut tak kering sebab isnin nak pakai) macam-macam lah itu tak termasuk kena maki hamun bagai.Lepas tu balik sekolah pukul 3 @ 5 ptg sebab ada kelas tambahan.Memang kehidupaan seperti budak sekolah yang lain kena pressure itu...ini.Mungkin sebab itu ramai yang tak berapa nak suka bila masuk form 6 kot?

Jujur aku cakap form 6 tak adalah sesusah dan sebeban yang di sangakakan.Kehidupan form 6 sama je kalau korang ambil matrix,diploma or etc.Perbezaannya cuma course yang diambil lepas tu pakaian yang di pakai,kalau nak cakap course yang di ambil dalam form 6 susah,rasanya course yang ada dekat matrix,diploma or etc susah jugak.Betul tak?.Mungkin juga ada sesetengah yang berfikiran bahawa form 6 adalah old school sebab kena pakai baju sekolah dan kena masuk sekolah sekali lagi.Ok lah kan kena pakai baju sekolah daripada berbikini ye dak?.Se "old schol" form 6, student dia lebih istimewa berbanding yang lain.

Apa yang istimewanya ialah semua pelajar form 6 yang apply masuk Universiti untuk sambung Degree akan ditapis @ di beri masuk dahulu berbanding student-student yang lain,tetapi bersyarat la kan takkan la cuma pointer1.00 dah boleh masuk.Ok la kan sekurang-kurangnya semua pelajar form 6 akan diberi keutamaan dahulu.Selain itu,bila masuk form 6 kita akan diberi peluang untuk handle macam-macam event,jadi kita boleh timba pengalaman sebelum handle event yang lebih besar dekat Universiti nanti insyaallah,secara tidak langsung,kita akan lebih bersedia dan matang mengatasi pelbagai masalah yang akan timbul.Bagi sesetengah sekolah yang ada form 6 sudah ada MPP (Majlis Pewakilan Pelajar)yang sememangnya memang ada dekat Universiti,jadi bagi pelajar form 6 mesti dah biasa untuk handle MPP nanti takda lah terkejut sangat.

Sebenarnya banyak lagi advantages form 6 ini kalau nak ditulis boleh lebih 5 perenggan ini ==",tapi setiap pilihan yang kita pilih ada kelebihan dan ada kelemahannya jadi tak lah bermakna bila kita dah pilih form 6,politeknik,matrix or else tak bagus pulak, tak betul la itu ! Sememangnya setiap tempat ilmu itu tinggi darjatnya.Apa yang penting pilih yang terbaik untuk kita dan masa hadapan! ^^
Aku habis exam STPM on the beautiful date 12/12/12..


# Muka memang tak boleh blah! errrrr...
  Ini adalah sebahagian daripada pendapat/pandangan aku,jadi jangan emo sangat baca ek! peace ^^....
                                                  

Tiada ulasan: