Sabtu, 4 Julai 2015

New Journey


Assalamualaikum! 

Salam ramadhan guys, puasa ke idok tu? ihiks. Agak lama tak sentuh blog ni bila tengok entry lama-lama rindu nak menulis balik . Banyak benda nak share kisah aku dekat korang tapi seperti mana korang tahu aku dapat masuk Uitm alhamdulillah.  Aku masuk ke Uitm pada 1/9/2013 bermulalah kisah aku di sana. Pelbagai suka dan duka aku tempuhi dapat kawan-kawan yang best and super awesome lah! 

Aku mula rasa kehidupan sebagai seorang pelajar yang sebenar sebab dulu aku cuma rasa sebagai budak sekolah je. Sekarang lain sangat, daripada bangun pagi sampailah nak tutup mata balik semua kena struggle! Struggle nak bangun, struggle nak mandi, struggle nak cari makan,struggle nak pergi kelas, nak gosok baju, nak cuci baju nak itu dan ini. Ya! semua kena struggle. Kalau tak bangun tu, kira rugilah kau tak pergi kelas sebab satu hal pulak kau nak tanya kawan-kawan belajar apa hari ni, esaimen kena buat macam mana? madam/sir suruh buat apa? carry mark untuk kehadiran kena tolak..macam-macam lah. Secara ringkasnya, semuanya ialah satu perjuangan! (ewaaaah) Tetapi kekadang aku fail jugak dalam ke-se-strunggle-lan aku ni. Hahahahaha. Bila dah sampai satu tahap malas tu..malas sungguh weyh! 

Apa-apa pun setiap orang ada stail dan cara tersendiri dalam menghadapi 'perjuangan' sebagai seorang student ni betul tak? So, harapnya korang yang student tu tak kiralah dari peringkat sekolah, universiti, kolej atau apa-apa pun teruskan perjuangan k? Chayok! Chayok! 

 sorry penulisan agak tunggang terbalik



Bagilah akak can nak menyelit! Ahaks!! 

Tiada ulasan: