Rabu, 19 Disember 2012

Fakta tentang aku!

assalamualaikum.


Satu benda yang memang orang tak tahu sampai sekarang ialah aku pernah ponteng kelas selama 1 jam!.Kelas yang aku ponteng itu sebenarnya kelas Bahasa Melayu hahaaa!! aku ponteng bukan secara sengaja sebab kelas itu start pukul 8.00 pg aku datang pukul 7.45 pg awal 15 min,disebabkan aku awal selama 15 min aku duduk lepak dekat surau.Hah! jangan main-main tempat lepak pun gempak apa? disebabkan aku di surau jadinya kerja aku adalah menelaah buku-buku BM yang dibawa konon-kononnya aku betul dah bersedia masuk kelas la!,tetapi yang hairannya sepanjang aku menelaah tak ada sape pun yang datang senyap sunyi je sekolah waktu itu memang agak kecuakkan!.Oleh kerana, aku memang agak cuak orang tak datang jadi aku buat keputusan untuk tunggu beberapa minit lagi.Entah kenapa hari itu aku macam kekwat sikit! sebab aku macam malas nak message or call sape2 tentang kelas hari itu kiranya aku tak nak confirm dekat kawan2 aku la.. <---berlagak ni! .Setelah beberapa minit menunggu memang tak ada sesape yang datang kecuali aku dengar suara makcik-makcik cleaner je,tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk tak message sape2. Last-last aku buat keputusan untuk tunggu sampai pukul 9.00pg pastu aku pun keluar surau memang tak ada sesiapa kecuali mak cik cleaner arhhhhhh!!! memang cuak aku salah tarikh or masa ke?? memang terdetik juga nak balik kalau tak ada sesape yang datang.Tetapi yang paling penting aku masih tak message sesape pasal kelas hari itu.Disebabkan kerana cuak aku memang pada tahap yang agak tinggi akhirnya.......aku message juga kawan aku tentang kelas hari itu!,dia balas kelas itu memang dah start dan cikgu aku itu tengah tanya pasal aku asal aku tak datang-datang lagi.Urrrrrr....dengan malunya aku masuk kelas lepas satu jam aku ponteng!!! heheheheheheheeee...


Moral of the story:- Jangan BODOH SOMBONG kalau tak tahu tanya jangan syok sendiri je!

Tiada ulasan: