Rabu, 6 Jun 2012

Khidmat Masyarakat & Lawatan Ke UUM Sintok (Part 2)

assalamualaikum..

Hai kita ketemu lagi dong! Masuk hari yang kedua pada keesokan harinya di sana,pagi-pagi lagi kami dah bangun u ols jangan  main-main boleh buat menantu mithali!Tetapi janganlah fikir kami bangun seawal itu untuk mengemas rumah,menyapu laman,membuat sarapan atau memberi ayam makan! kitaorang seramai 5 orang  dalam satu rumah angkat,nak tahu apa yang kitaorang buat bangun awal-awal ini aha! kitaorang gosok baju =="
tu lah semalam ada masa tak nak gosok ni tak pasal-pasal kena membazirkan waktu tidur yang sangat precious!
Pastu pagi-pagi lagi kami akan dengar bunyi motor ala-ala ekzoz<-- (tak berapa reti ngeja nya) turbo bunyi tu menandakan mak dengan ayah pergi beli sarapan.Nasi lemak 50 kupang korang ada! murah gilooo!

Habis je gosok baju kami akan mandi dan jangan lupa untuk menunaikan solat dan terus ke dapur untuk membantu mak menyiapkan sarapan.Pagi ni di dalam perancangan, kami akan melawat tempat-tempat disekitar perlis lepas tu apa lagi shopping time la!Aku ingat budak perempuan yang akan eksaited mendengar perkataan shopping alih-alih budak lelaki yang lebih horror u olss<-- OME (oh my english).

sebelum bertolak pergi wajiblah snap pic dulu yer dak?

wit teachers n asli girls
dalam bas,aku duduk sorang je sebab partner aku tak dapat datang

sampai je dekat MUZIUM KOTA KAYANG

dekat pintu masuk

wit pak cik saad yang uruskan kitaorang sepanjang kami di sana
*aku tengok gambar ni macam 2 laki bini ahakzz!*

biasalah kalau nama pun muzium mesti simpan artifak,fosil and etc

Pastu kitorang gerak pergi Taman Anggur Perlis

tengok tu sihat-sihat belaka anggurnya

besar pulak tu

spoil! uncle booncit termasuk pulak

Aha! habis je kami melawat dekat Taman Anggur ni cikgu dengan pak cik saad cakap kitaorang akan pergi Wang Kelian untuk shopping beli cenderahati or anything else..urghh tak kisahlah pergi mana janji kami dapat bershopping kan? Sesape yang pernah pergi Wang kelian mest tahu kan stuktur geografi dia yang mengalahkan jalan pergi Cameron Highlands ala-ala rollercoaster dekat Universal Studios dekat Singapore kan<--- pleaseeee percaya aku punya hiperbola ni!!!!serammm woo!!.Disebabkan keseraman ni tiba-tiba aja sesuatu perkara dah berlaku.................

B.A.S. R.O.S.A.K!! tragik tak kitorang punya trip!

tersadai dekat longkang ko!! ==" 

memang tak tahu nak letak caption apa? biarlah gambar yang bercerita

Siryes memang penat! tunggu bas ni repair punyalah lama 2 jam kot cair mekap mak!! sebaik tak panas terikkk!! disebabkan kami tersadai tepi jalan yakni didalam longkang,pemandu bas yang bertanggungjawab tu telah menyewa van PLKN untuk bawak kitorang pergi jugak Wang kelian huhuuuu...terharunya! *muka shin chan dapat tengok perempuan cantik!*ahakzz

Kitorang diberi 3 jam untuk mengshoppingkan diri dekat Wang Kelian,disebabkan mak suka periuk dan alatan  dapur aku telah membeli mak periuk! ahakzz!! solehah tak aku??<--- penampar sikit!.Bila penat bershopping dekat pekan sempadan Thailand ni kitorang pun nak berangkat pulanglah apa lagi? Namun,apa kan daya bas still rosak orang nak repair tu belum sampai-sampai lagi.Sementara menunggu kenderaan yang akan mengangkut kami pulang kami telah mengisi masa terluang dengan......


aha!! memang macam kanak-kanak ribena

yang penting cekgu Azlan pun turut serta menjoinkan diri!
*Tengok tu muat-muat je dia nak benda alah tu,terbaeklahh cekgu*

akhirnya!! ada juga pengangkutan nak angkut kami!
*sebaik budak lelaki 10 orang je muat-muat naik dekat belakang tu*

blur sikit gambar,hahahaaa dah macam PATI pon ada??
nak tahu budak perempuan naik apa???


kitaorang naik van..besau sikit!

Hahaaaa!! lawak ada..sian pon ada! entah apa-apa kitorang punya trip kali ini.Tapi nak buat macammana yer dak? kita hanya mampu merancang...tup-tup kitaorang sampai rumah pukul 8 malam perghhhhh!!! bayangkan  la berapa jam kitorang bazirkan masa tanpa sebarang aktiviti!! cuma beli cenderahati je!.Kami cuma ada satu hari je lagi nak buat khidmat masyarakat,tapi bila masa pulak kitaorang nak pergi UUM?  dan bila pulak kitaorang nak bertolak pulang? dan yang paling penting bila kami nak balik???hahahaaa..sumenyer aku cerita PART 3 nanti yerk.


Nak baca Part 1 klik aja!


Nota kaki: apa kes dengan abang zul?? tungguuuuuuuuuu

Tiada ulasan: