Sabtu, 4 Julai 2015

New Journey


Assalamualaikum! 

Salam ramadhan guys, puasa ke idok tu? ihiks. Agak lama tak sentuh blog ni bila tengok entry lama-lama rindu nak menulis balik . Banyak benda nak share kisah aku dekat korang tapi seperti mana korang tahu aku dapat masuk Uitm alhamdulillah.  Aku masuk ke Uitm pada 1/9/2013 bermulalah kisah aku di sana. Pelbagai suka dan duka aku tempuhi dapat kawan-kawan yang best and super awesome lah! 

Aku mula rasa kehidupan sebagai seorang pelajar yang sebenar sebab dulu aku cuma rasa sebagai budak sekolah je. Sekarang lain sangat, daripada bangun pagi sampailah nak tutup mata balik semua kena struggle! Struggle nak bangun, struggle nak mandi, struggle nak cari makan,struggle nak pergi kelas, nak gosok baju, nak cuci baju nak itu dan ini. Ya! semua kena struggle. Kalau tak bangun tu, kira rugilah kau tak pergi kelas sebab satu hal pulak kau nak tanya kawan-kawan belajar apa hari ni, esaimen kena buat macam mana? madam/sir suruh buat apa? carry mark untuk kehadiran kena tolak..macam-macam lah. Secara ringkasnya, semuanya ialah satu perjuangan! (ewaaaah) Tetapi kekadang aku fail jugak dalam ke-se-strunggle-lan aku ni. Hahahahaha. Bila dah sampai satu tahap malas tu..malas sungguh weyh! 

Apa-apa pun setiap orang ada stail dan cara tersendiri dalam menghadapi 'perjuangan' sebagai seorang student ni betul tak? So, harapnya korang yang student tu tak kiralah dari peringkat sekolah, universiti, kolej atau apa-apa pun teruskan perjuangan k? Chayok! Chayok! 

 sorry penulisan agak tunggang terbalik



Bagilah akak can nak menyelit! Ahaks!! 

Ahad, 25 Januari 2015

Hampir 2 tahun

Assalamualaikum 

Rasa kesian sangat dengan blog ni langsung tak di update-update. Lepas je result STPM keluar, aku mula sibuk dengan hal-hal nak masuk universiti, alhamdulillah result baik & aku ditawarkan masuk ke Uitm. Bila dah masuk je universiti kehidupan pon berubah jauh dengan mak abah. Mak cakap sekarang ni baru kehidupan yang sebenar, kenal macam-macam orang, macam -macam kena hadapi kalau tak kuat...haishhh... Alhamdulillah aku dapat kawan-kawan yang awesome! Kawan-kawan yang satu kepala dengan aku yeayyyyy! 

Bila dah masuk perenggan kedua ni aku dah tak tahu nak cakap apa? Ok je kot setakat ni je nanti bila aku dah ada idea banyak nak tulis, aku tulis lagi eh?Aku harap sangat aku akan terus ada semangat nak update blog! 


Tadaaaa! Jumpa next time ok? 



Jumaat, 8 Mac 2013

Program Vaksinasi HPV untuk Wanita

Assalamualaikum!
Selamat Hari Wanita

Disebabkan hari ini adalah Hari Wanita Sedunia sangat bersesuaian untuk tajuk entry kali ini...ececeeh! Mungkin di luar sana mungkin tahu atau tidak tahu tentang Human Papillomavirus atau dikenali sebagai HPV.Bagi yang tak tahu meh sini kita nak cerita sikit secara ringkas.

Apa itu HPV?

 HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks
 Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV
 Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV (Tidak semua jangkitan
      HPV akan mengakibatkan kanser serviks)

Oryte done! kalau nak lebih lanjut googling ek? Seterusnya ,kanser serviks juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim bagi mereka yang belajar Biology atau mediks  mesti tau kan dekat mana serviks itu berada.Jom tengok gambar ini:-

Sumber google

Kanser ini dapat dicegah dengan salah satu caranya ialah pengambilan vaksinasi HPV.Pada mereka yang lahir tahun 1993 macam aku sangat beruntung.Kenapa? sebab mereka yang lahir pada tahun 1993 berpeluang untuk mencegah kanser  serviks ini dengan pemberian Vaksinasi HPV secara PERCUMA percuma percuma percuma (gema-gema tau) 

Ok bagi yang tak tahu sebenarnya vaksinasi ini sangat mahal tak silap harga dia RM 400 yang boleh ambil di hospital swasta tetapi yang kayo rayo tu tak mengapalah kut? Dengan adanya peluang ini apa kata ramai-ramai yang dekat luar sana jom dapatkan vaksinasi percuma ini.Ingat yer bagi mereka yang lahir pada tahun 1993 je tau! Bagi mereka yang nak vaksinasi percuma ini boleh dapatkan di Klinik Nur LPPKN yang terdekat jangan pergi POLIKLINIK atau HOSPITAL kerajaan tau nanti comfirm kena halau!!

Pengambilan vaksinasi HPV ini ada kriteria-kriteria tertentu juga yer bukan semua yang boleh ambil antara kriterianya ialah :- (amboi bunyi macam awok yang bagi anugerah abp)

 Wanita warganegara yang berumur 18 tahun
 TIDAK hamil
 Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua
 Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Nama pun vaksinasi mestilah kena cucuk kan? vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali/3 dos dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual.Cop! walaupun 3 kali atau 3 dos tetapi diberikan pada hari yang berlainan tau bukan pada masa yang sama.Huh? tak paham letewww.Jom tengok bawah ini :-

DOS

 Tarikh vaksinansi pertama diberikan
 1 bulan selepas suntikan pertama
 6 bulan selepas suntikan pertama

Aku adalah salah seorang yang sedang ambil vaksinasi HPV ini.Kesan sampingan? alah sakit sikit je dekat lengan lepas beberapa hari oklah tak ada lah pulak sampai demam sebab lepas je kena cucuk kena rehat 10 minit dan diberikan 2 panadol untuk ditelan nak cegah demam.Satu lagi perkara bagi mereka yang demam tak boleh ambil vaksinasi ini apa-apa pun kena bagi tau LPPKN korang demam so diaorang akan bagi tahu lah langkah yang seterusnya.Kemon!! korang jangan sebab kena cucuk korang jadi takut why not? kita ambil peluang ini demi kesejahteraan dan kesihatan akan datang.Pengambilan vaksinasi ini boleh mencegah sebanyak 70% kanser serviks.Bagi korang yang berada di IPTA boleh dapatkan vaksinasi ini dekat Pusat Kesihatan IPTA.


Nanti dapat kad pink.Berbunga-bunga hati (apa kena mengena)

Belakang kad pink ada tarikh temujanji

Entry kali ini sumber dari sini ^^

Untuk keterangan lanjut:-
 Klinik Nur Sejahteta LPPKN
Pusat Kesihatan IPTA 
Talian NUR 15999

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI




 baca entry kali ini.

Ahad, 3 Mac 2013

Why We Cheat?

Assalamualaikum

P/s:-Please behave!!!! 

Khamis, 28 Februari 2013

Demam Peperiksaan

Assalamualaikum.
guys! 

Aku memang percaya yang rata-rata antara kita mesti mengalami Demam Peperiksaan kan tak kiralah exam yang besar atau hanya kuiz, masing-masing struggle nak study tu nak study ni nak cakup semua silibus kalau-kalau masuk dalam exam/kuiz.Bagi pendapat aku demam peperiksaan ini datang berbeza mengikut sesorang itu sebab segelintir antara kita lagi 5 bulan nak exam dah datang demam peperiksaan ada pula yang lagi 3 bulan baru lah nak datang demam, tapi bagi aku lagi 2 minggu nak exam barulah terhegeh-hegeh nak buat short note,baca itu baca ini kekadang tak tahu nak baca yang mana dulu lepastu barulah menangis-nangis semua susah/semua tak kena (tu la orang lain dah prepare awal-awal awak?) kadang-kadang aku cuba nak ingat sebelum 5 bulan nak exam aku buat apa??


kalau orang lain sibuk study tapi aku..




























































Masyallah!! tak senonoh dah lah pakai kain =="
nampak betapa tak herannya aku terhadap orang lain yang sibuk study.

Haishhh..agak memalukan!! Tiba-tiba aku terfikir macam manalah result aku nanti?? Aku rasa masa ini lagi sebulan nak STPM (kalau tak silap) hah! kan aku cakap lagi 2 minggu barulah demam peperiksaan aku datang kan? sebab tu lah girang sangat time ini.


Waktu ini dah ada tanda-tanda demam peperiksaan meja dah mula tidak terurus.Lihat air sampai dua botol (tapi tak juga habis?)/Semua orang sudah tidak peduli antara satu sama lain kalau dula sua sahaja kamera dihadapan mereka lain tidak bukan tangan akan menunjukkan keamanan dan bibir terukir di bintang eh??? terukir senyuman sehinggga sampai ke belakang telinga.

Lihat air sudah bertambah,maknanya keseriusan kami juga bertambah.
(Mode gambar: Soft Focus Olympus)

Seriusnya kami ada jugak yang tertidur,pening letewww..

Ini juga mahu ditangkap bagi membuktikan sakit bahu aku angkatnya.
Sian bear aku sempit yer banyak sangat buku T__T

Penghafalan

dan penghafalan
(Mode gambar: Pop Art Olympus)

Hah! kan aku cakap banyak sangat nak baca sampai tak tahu nak baca yang mana.

Satu fakta tentang aku ialah aku ini seorang yang suka study last minute dah dekat-dekat nak exam tu barulah aku study aku cuba nak kikis dengan belajar awal-awal tapi mesti aku lupa lah itu lah ini lah sebab aku tak konsisten belajarnya pun.Tapi aku selesa.Setiap orang ada teknik dan cara study yang efektif bagi seseorang itu, kekadang aku tengok kawan aku tu datang sekolah boleh dikira tapi trial STPM punyalah gempak mungkin dia tak suka belajar kat sekolah kut??

Tapi dulu cikgu praktikum aku pernah cakap lelaki lebih pandai dari perempuan diaorang tak payah susah-susah nak study macam perempuan sebab lelaki dengar pun dah cukup.Kawan aku ini lelaki sebab tulah dia punya trial gempak.

Bulan 3 dah nak dekat hati aku bertambah berat.

reading this entry nanti aku sambung lagi ok!!